JENEVIA KIMAR
(D20212099063)
๐ PENGENALAN
DIRI ๐
๐ฉNAMA PENUH :
JENEVIA KIMAR
๐NAMA
PANGGILAN : JEN
๐TARIKH LAHIR
: 19 FEBRUARI
๐TEMPAT ASAL :
PENAMPANG, SABAH.
๐LATAR
BELAKANG PENDIDIKAN : SK KIBABAIG, PENAMPANG (TAHUN 1-6)
SMK
BAHANG, PENAMPANG (TINGKATAN 1-5)
UNIVERSITI
TEKNOLOGI MARA (UiTM) SABAH
TUGASAN : PENGARUH CABANG FALSAFAH
METAFIZIK, EPISTEMOLOGI, AKSIOLOGI DAN LOGIK TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
DI MALAYSIA.
๐FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)๐
Pendidikan di Malaysia merupakan
satu usaha berterusan ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
Terdapat pelbagai cabang falsafah
yang membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan ia juga mempengaruhi
perkembangan pendidikan di Malaysia. Pengaruh cabang tersebut dalam aspek pendidikan dapat dilihat melalui cara penyampaian pengajaran dan matlamat pendidikan.
๐ CABANG FALSAFAH METAFIZIK, EPISTOMOLOGI, AKSIOLOGI DAN LOGIK DALAM PENDIDIKAN ๐
Falsafah merupakan bidang ilmu yang merangkumi empat cabang berbeza. Cabang-cabang dalam falsafah ini saling berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai fungsi untuk menyelesaikan pelbagai persoalan dalam pendidikan. Cabang falsafah adalah seperti berikut : -
๐CABANG FALSAFAH METAFIZIK
๐CABANG FALSAFAH EPISTEMOLOGI
๐CABANG FALSAFAH AKSIOLOGI
๐CABANG FALSAFAH LOGIK
๐ผPENGARUH CABANG FALSAFAH DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ๐ผ
|
CABANG FALSAFAH
|
PENGARUH TERHADAP PENDIDIKAN
|
|
METAFIZIK
|
v Memberi
penekanan kepada aspek realiti, ketuhanan dan kesejagatan dalam mencapai
globalisasi, kemajuan dan kerohanian individu demi perkembangan pendidikan.
v Meliputi
ilmu hakikat kesejagatan, hakikat ketuhanan, hakikat manusia dan alam yang
diaplikasikan dalam aspek perancangan pendidikan.
v Penekanan
cabang Metafizik lebih ke arah pendidikan yang lebih holistik, menyeluruh dan
bersepadu.
v Pendidik
berperanan sebagai agen pendidikan dalam membentuk masyarakat yang harmoni,
bersatu padu dan berkembang maju dalam pelbagai aspek.
|
|
EPISTEMOLOGI
|
v
Merangkumi aspek mendapatkan pengetahuan, ilmu dan ketrampilan
diri untuk mencapai kesejahteraan.
v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menekankan pendidikan berteraskan
kehidupan sebagai warganegara Malaysia.
v
Usaha yang berterusan dalam menimba ilmu pengetahuan dan
kemahiran selaras dengan peredaran masa.
v
Perkembangan ilmu yang sentiasa berterusan dan memahami potensi
sumber ilmu baru serta cara untuk menjadikan potensi itu kepada realiti.
v
Guru sebagai pendidik untuk membantu pelajar dalam mendalami dan
menghayati ilmu pengetahuan dari pelbagai sumber.
|
|
AKSIOLOGI
|
v Penerapan
nilai -nilai murni dalam kehidupan yang juga memainkan peranan dalam
pembentukan dan pembangunan individu.
v Individu
yang mengamalkan nilai-nilai murni lebih berakhlak baik dan mempunyai jati
diri tinggi.
v Penerapan
nilai-nilai etika dan estetika dalam diri individu melalui pendidikan.
|
|
LOGIK
|
v Matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat dicapai dengan efektif kerana ia
merupakan falsafah yang bersifat rasional dan mempunyai cabang logik.
v Setiap
persoalan atau keputusan yang dilakukan dalam pendidikan mestilah mempunyai
bidang logik agar ia lebih sahih dan berkesan.
v Penekanan
terhadap aspek ketrampilan individu.
v Kesemua
cabang falsafah iaitu Metafizik, Epistemologi dan Aksiologi saling berkait
rapat antara satu sama lain dan berlaku berlandaskan bidang aspek yang
logikal.
|
๐ด CONTOH IMPLIKASI TERHADAP
PENDIDIKAN DI MALAYSIA ๐ด
๐ก Penyesuaian kaedah
pendidikan supaya relevan dengan perkembangan semasa dan situasi.
๐ Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) semasa Covid19 melanda di Malaysia menyebabkan sedikit perubahan baru dalam sistem pembelajaran dan pengajaran iaitu para pendidik dapat mempelajari teknik pengajaran baru menggunakan teknologi ICT dan berusaha untuk mencari sumber ilmu agar dapat diterapkan ke dalam sesi pengajaran secara online agar pelajar dapat memperoleh ilmu secara efektif walaupun tiada kelas bersemuka.๐ Perkembangan teknologi ICT telah menyebabkan subjek ICT diperkenalkan
dalam sistem pendidikan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar.
๐กPelaksanaan kurikulum pendidikan yang bersepadu dan secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.
๐ Penekanan terhadap subjek Pendidikan Moral, Sivik & Kewarganegaraan dan Pendidikan Islam untuk membina sahsiah peribadi individu yang berakhlak, bertanggungjawab dan beretika.๐ Menyelaraskan matlamat dan dasar-dasar pendidikan sebagai sebuah entiti yang jelas, logik dan menyeluruh.
๐ Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan terutama dalam sekolah jenis kebangsaan dan pendedahan awal kepada Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang harus di kuasai oleh pelajar.
๐Sukatan dan silibus pengajaran yang bukan sahaja berteraskan ilmu semata-mata namun juga diberi penekanan dari segi kemahiran seperti kemahiran insaniah, kemahiran lisan, kemahiran membaca dan mengira. Contohnya, pelaksanaan konsep 4M (Membaca, Mengira, Menulis dan Menaakul) untuk melahirkan insan yang seimbang dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar peratus masalah keciciran pelajar terutama di sekolah luar bandar.
๐ก Kelengkapan infrastruktur dan kemudahan di sekolah/institusi pendidikan yang semakin berkembang maju.
๐ Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha dan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan infrastruktur dan kemudahan di sekolah/institusi pendidikan dinaiktaraf supaya sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan secara kondusif, efektif dan efisien.
๐ก Pelaksanaan dan pengenalan terhadap beberapa konsep dan program dalam pendidikan di sekolah/institusi.
๐ Bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni, mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan seronok serta mengukuhkan lagi dasar sistem pendidikan di Malaysia.
๐ Sebagai contoh : Program 1Murid 1Sukan, Konsep Sekolahku Sejahtera
๐ก Melahirkan golongan pendidik yang berintelektual, berinovasi dan berintegriti.
๐ Pendidik sebagai agen utama dalam membantu FSK dalam mencapai matlamat pendidikan.
๐ Golongan pendidik yang bertanggungjawab untuk berusaha menyampaikan ilmu kepada pelajar secara berkesan dengan mempelbagaikan kaedah atau teknik pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar.
๐ Peranan para pendidik yang haruslah sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri agar dapat berkembang maju dan sentiasa bersedia untuk menghadapi perubahan-perubahan dalam sistem pendidikan.
✨ ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN PENGARUH CABANG FALSAFAH TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ✨
๐Pautan Berita :
๐https://www.sinarharian.com.my/article/164463/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Fahami-konteks-evolusi-pendidikan
๐ https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/03/794033/dari-3m-ke-4m
๐ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sekolahku-sejahtera-terap-14-elemen-nilai-kehidupan-347927
Terdapat beberapa isu semasa yang boleh dikaitkan dengan cabang falsafah yang mempengaruhi perkembangan pendidikan di Malaysia. Pautan di atas merupakan antara isu semasa yang saya perolehi di laman web. Cabang falsafah metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik telah banyak mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia.
Konsep sekolahku sejahtera yang mengutamakan penerapan 14 elemen utama dalam diri pelajar merupakan salah satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 14 elemen utama yang terkandung dalam konsep Sekolahku Sejahtera ialah selamat (persekitaran sekolah/institusi yang selamat), seronok (suasana pembelajaran yang seronok), sihat (kesihatan mental & fizikal), etika (pegangan teguh kepada nilai & moral), empati (keupayaan memahami emosi sekeliling), jati diri (prinsip pegangan membentuk keperibadian), adab sopan (berakhlak, budi bahasa & tingkah laku baik), harmoni (persekitaran aman & toleransi), tekun (usaha mendalami ilmu/ilmu sepanjang hayat), teliti (cermat & hermat), terampil (cekap & berkemahiran), eksplorasi (cinta untuk meneroka ilmu), rasional (keupayaan membuat penaakulan & pertimbangan wajar) dan artikulasi (keupayaan menyampaikan pandangan dengan jelas). Penerapan kesemua 14 elemen tersebut dapat melahirkan pelajar yang seimbang dan mampu bersaing di peringkat global. Konsep tersebut merupakan usaha yang menyeluruh dan bersepadu dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia selaras dengan FPK.
Selain itu, perkembangan dan konsep pelaksanaan 4M iaitu Membaca, Mengira, Menulis dan Menaakul juga merupakan usaha pihak KPM dalam menambahbaik sistem pendidikan. Setiap pelajar perlu diberi pendedahan awal untuk menguasai 4M agar masalah keciciran pelajar dan buta huruf dapat dikawal terutama di kawasan luar bandar. Melalui pelaksanaan 4M juga dapat dapat melahirkan individu yang mempunyai daya kemahiran tinggi. Disamping itu, kita juga haruslah mempunyai kesedaran, pengetahuan dan kefahaman mendalam mengenai konteks evolusi pendidikan. Evolusi pendidikan mestilah seiring dengan perkembangan teknologi dan peredaran masa selaras dengan FPK. Secara umumnya, evolusi tersebut perlu sentiasa berkembang supaya dasar dan sistem pendidikan relevan dengan peredaran masa. Sebagai contoh, perkembangan teknologi ICT memainkan peranan penting dalam pelaksanaan sistem pendidikan. Pendidik dapat menggunakan teknologi ICT sebagai kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
Tuntasnya, pengaruh cabang falsafah Metafizik, Epistemologi, Aksiologi dan Logik memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Keempat cabang ini mempunyai maksud berbeza namun mempunyai hubung kait yang saling berkaitan antara satu sama lain. Setiap cabang tersebut mempunyai peranan masing-masing dalam membantu menyelesaikan pelbagai persoalan. Pengaruh cabang tersebut dapat dilihat melalui dasar-dasar pendidikan kini. Melalui penekanan setiap cabang falsafah tersebut dalam bidang pendidikan, ia dapat melahirkan masyarakat yang seimbang, bersepadu, harmoni dan menyeluruh dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Setiap falsafah juga membantu bidang pendidikan khususnya di Malaysia supaya matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai dengan lebih mampan dan efektif.
๐ญSOALAN
1. Berapakah dan apakah cabang falsafah pendidikan?
a) 3 (Metafizik, Logik, Aksiologi)
b) 4 (Metafizik,Epistemologi, Aksiologi, Logik)
c) 5 (Metafizik, Epistemologi, Aksiologi, Logik, Estetika)
2. Apakah Cabang Falsafah yang menekankan teori ontologi/realiti ?
a) Aksiologi
b) Metafizik
c) Epistemologi
3. Pendidikan berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan membawa konsep bahawa perkembangan potensi individu
adalah secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu. Manakah antara berikut ialah
implikasi kepada konsep tersebut?
a) Perkembangan bersepadu intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
b) Konsep meritokrasi dalam mendapatkan
pendidikan.
c) Penerapan nilai murni dalam
pengajaran semua matapelajaran.
๐Jawaban : 1(b), 2(b), 3(a)
๐RUJUKAN
1. Zaini Abdullah, Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah
Dan Dasar, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, 2021.
2. Lie, V. (n.d.). Perkembangan Pendidikan Malaysia. 2018.
3. Nordin Tahir (n.d.). Konsep Falsafah Pendidikan. Lecture, IPG Kampus Ipoh.
4. Cabang Falsafah dalam Fpk. (2015). YouTube. Retrieved May 13, 2022, from https://youtu.be/cVtnv9bP5go. (Pautan Youtube)
5. Rosida Misyu (2021). Pengaruh Cabang Falsafah Terhadap Perkembangan Pendidikan di Malaysia. (Pautan Youtube)
Comments
Post a Comment