πDESMOND WONG PING LUKπ
π²(D20212099064)π²
πPENGENALAN DIRI
πNama: Desmond Wong Ping Luk
πUmur: 21 tahun
πTarikh Lahir: 19.10.2001
πTempat Asal: Sibu, Sarawak
π
Latar Belakang Pendidikan: SJK (C) Taman Rajang, Sibu [Tahun 1-6]
SMK Tung Hua, Sibu [Tingkatan 1-5]
SMK Sacred Heart, Sibu [Tingkatan 6]
π Sebelum saya memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), saya telah melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) dalam program Sarjana Muda Sastera Inggeris (Bachelor of The Arts of English) selama 2 bulan. Selepas itu, saya telah menarik diri dari UM disebabkan kekurangan minat dalam pengajian tersebut. Saya mendapat peluang dan tawaran untuk melanjutkan pengajian tertiari di UPSI dan mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi bagi sesi 2 2021/2022.
πTUGASAN: PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT (FPB) TERHADAP PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
π¦FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan perkara yang menarik kerana pembentukannya dipengaruhi oleh pelbagai pandangan falsafah lain. Oleh itu, asas pemikiran aliran falsafah lain mampu dilihat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara aliran falsafah yang mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah
Falsafah Pendidikan Barat.
π¦FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
π‘Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada
pembentukan sesuatu sistem pendidikan, malahan ia juga menjadi panduan yang
amat penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan tersebut. Proses
mendidik pelajar perlu berlangsung secara terancang dan sistematik kerana tanpa
ciri tersebutproses ini akan mengalami banyak masalah dan halangan sehingga
tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.
π‘Daripada mazhab falsafah umum
Barat, lahir banyak falsafah pendidikan yang berasas kepadanya. Falsafah
Pendidikan Barat mempunyai pelbagai definisi daripada pandangan
tokoh-tokoh.
π¦DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
π¦MAZHAB FALSAFAH UMUM BARAT
π¦FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TRADISIONAL DAN MODEN
π‘Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada dua iaitu tradisional dan moden. Falsafah Pendidikan Barat ini membincangkan aspek-aspek pendidikan yang muncul di dalam masyarakat barat. Aliran fahaman pendidikan ini termasuklah Perenialisme, Esensialisme, Progresisvisme dan Rekonstruksionisme. Ia bermula daripada falsafah umum seterusnya melahirkan falsafah-falsafah pendidikan seperti falsafah umum pragmatisme, idealisme, realisme dan eksistiensialisme. Ahli-ahli falsafah memberi makna kepada konsep-konsep sejagat yang mendefinasikan proses pendidikan seperti konsep pembelajaran, kurikulum dan sebagainya.
π¦PERBEZAAN CIRI ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TRADISIONAL DENGAN MODEN
π‘Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka
melihat perhubungan di antara matlamat dan kaedah. Falsafah tradisional
mengambil kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan indidvidu. Manusia bebas
memilih kaedah untuk mencapai matlamat, sebaliknya falsafah moden menyuarakan
bahawa individu boleh menentukan ke dua-dua matlamat dan kaedah untuk mencapai
matlamat.
π‘Tujuan & Program
|
Falsafah Pendidikan Barat
Tradisional
|
Falsafah Pendidikan Barat Moden
|
|
v Fokus kepada sastera & sains
v Pengkhususan
v Kurikulum ditentukan
v Standard yang tinggi & cemerlang. Tumpuan khas
kepada mereka yang cemerlang
|
v Sepadu (sastera, subjek praktikal & vokasional)
v Umum
v Kurikulum berasaskan keperluan dan minat pelajar
v Standard yang setara dan fleksibel. Tumpuan khas
kepada mereka yang pencapaiannya rendah
|
π‘Masyarakat & Pendidikan
|
Falsafah Pendidikan Barat
Tradisional
|
Falsafah Pendidikan Barat Moden
|
|
v Sekolah institusi pendidikan formal
v Sekolah agen kebudayaan
v Pendidikan matlamat masyarakat
v Pengetahuan sediakan pelajar untuk demokrasi
v Pendidikan kembangkan kognitif (akademik)
v Nilai bersifat objektif & tetap (berasaskan
persetujuan)
|
v Rumah institusi pendidikan formal
v Sekolah memajukan masyarakat
v Pendidikan kembangkan potensi
v Pengalaman demokrasi di sekolah menyediakan
pengetahuan untuk demokrasi sebenar
v Pendidikan bersepadu (kognitif, moral &
sosial)
v Nilai bersifat subjektif (pandangan individu)
|
π‘Pengetahuan & Pembelajaran
|
Falsafah Pendidikan Barat
Tradisional
|
Falsafah Pendidikan Barat Moden
|
|
v Tumpuan terhadap pengetahuan & maklumat
v Fokus kepada subjek
v Kandungan subjek:
· Pilihan guru
· Penyusunan berurutan
· Orentasi perkara lampau
v Kandungan subjek dibahagi kepada beberapa
bidang
v Rancangan pengajaran disusun mengikut topik
|
v Tumpuan terhadap penyelesaian masalah &
peranan individu
v Fokus terhadap pelajar
v Kandungan subjek:
· Pilihan guru dan pelajar
· Susunan ikut kefahaman
· Orentasi semasa dan hadapan
v Kandungan subjek secara bersepadu
v Rancangan pengajaran disusun mengikut minat &
masalah
|
π‘Pengajaran Guru
|
Falsafah Pendidikan Barat
Tradisional
|
Falsafah Pendidikan Barat Moden
|
|
v Orentasi teks & bilik darjah
v Berkumpulan keseluruhan
v Jadual tetap & masa seragam
v Pengajaran berpusatkan guru & pelajar pasif
v Keseragaman pengalaman bilik darjah & situasi
pengajaran
|
v Orentasi pelbagai bahan & masyarakat
v Keseluruhan, kecil dan individu
v Jadual anjal & masa fleksibel
v Pelajar kumpulan ‘heterogeneous’ & program
berbeza
v Kepelbagaian pengalaman bilik darjah &
situasi pengajaran
|
π¦PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT (FPB) TERHADAP PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan suatu garis panduan untuk semua aktiviti
pendidikan di Malaysia. Menurut Tajul dan Noraini (1992), Falsafah Pendidikan
Kebangsaan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua
usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Maka, FPK in akan menjadi pedoman
dan pegangan kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan sama ada
daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti. Sehubungan
dengan itu, FPK telah digubal dengan sangat teliti oleh pakar pendidikan dan
mengambil kira seluruh aspek sekaligus menyamai matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dalam mengembangkan potensi murid kearah melahirkan modal insan
yang berkualiti. Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan
falsafah pendidikan di Malaysia dikenali sebagai falsafah eklektisme, iaitu
sesuatu falsafah yang dicipta terdiri daripada pelbagai falsafah yang sedia
ada. Falsafah pendidikan di Malaysia merupakan suatu falsafah yang tersendiri.
Bagaimanapun, terdapat sebahagian unsur yang diambil dan diolaha daripada
falsafah pendidikan Barat, Timur dan juga Islam.

Elemen-elemen
di dalam Falsafah Pendidikan Barat diakui mempengaruhi dalam pembentukan FPK di
negara ini. Namun pemilihan dan pengolahan terhadap elemen tersebut telah
diolah bagi disesuaikan dalam konteks negara Malaysia selaras dengan matlamat
KPM bagi mengembangkan potensi murid ke arah melahirkan modal insan yang
berkualiti berdasarkan prinsip-prinsip yang telah dinyatakan di dalam FPK. Jika
diteliti secara terperinci, falsafah pendidikan di Malaysia dipengaruhi
sebahagianbesarnya daripada Falsafah Pendidikan Barat sama ada moden atau
tradisional. Falsafah pendidikan Barat merangkumi mazhab perenialisme,
esensialisme, progresivisme, rekonstruktivisme dan eksistensialisme. Kesemua
mazhab ini memberi pengaruh sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
pembentukan FPK bagi memenuhi matlamat KPM.
π·FALSAFAH PENDIDIKAN PERENIALISMEπ·
π·Perenialisme berasal daripada perkataan asas,
perennial yang bermaksud "tidak berubah". Justeru, bagi ahli
perenialisme, ketelusan merupakan sesuatu yang tidak akan berubah atau bersifat
perennial. Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional yang banyak
dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322
SM).
π·Menurut ahli-ahli perenialisme, prinsip-prinsip pendidikan adalah tetap dan selalu berulang-ulang. Mereka menegaskan tentang ciri-ciri intelek yang terdapat pada diri manusia. Bagi
mereka, manusia adalah makhluk yang rasional, dan sekolah merupakan agensi
masyarakat yang bertujuan untuk membentuk manusia menjadi rasional.
π·Tujuan pembelajaran bagi perenialisme terletak
dalam aktiviti-aktiviti untuk mendisiplinkan akal. Berpandukan konsep yang
telah dikemukakan, maka pendidikan bertujuan untuk mengajar pengetahuan dan
nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak mempunyai had masa di mana ia adalah suatu usaha mencari kebenaran
dan menyebarkannya kepada generasi yang akan datang.
π·Hal ini bertepatan dengan FPK di mana pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha berterusan. Elemen ini penting kerana pendidikan
berterusan akan menanam sifat cinta akan ilmu hingga akhir hayat seterusnya mampu
melahirkan modal insan yang berkualiti.
π·Aliran parenialisme juga mengutamakan
kerasionalan dalam mengadakan matlamat sistem pendidikan untuk memperbaiki
status manusia. Di samping mengejar
pembangunan kemajuan sains dan teknologi, industri seharusnya mengekalkan nilai
kemanusiaan yang murni. Maka, FPK untuk melahirkan rakyat yang berakhlak,
bermoral, beretika dan berestetika amat bertepatan dengan sebahagian pemikiran
perenialisme.
πΎFALSAFAH PENDIDIKAN ESENSIALISMEπΎ
πΎEssensialisme pula berasas daripada falsafah
tradisional. Pandangan pendidikan ahli-ahli essensialisme banyak dipengaruhi
ole falsafah idealisme dan realisme Falsafah pendidikan ini telah dibentuk oleh
William C. Bagley (1983).
πΎFalsafah ini menekankan kepada perkara-perkara
yang asas sahaja, iaitu apa yang perlu diketahui seseorang individu agar
menjadi ahli masyarakat yang produktif.
πΎFalsafah aliran ini juga mementingkan
pembentukan peribadi dan kurikulumya disusun dari topik yang mudah kepada yang
lebih kompleks serta menekankan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan
membaca. Peranan guru di dalam aliran ini adalah sebagai pakar dalam pelbagai disiplin
dan sebagai ‘role model’ yang harus dicontohi.
πΎUnsur intelek yang tercatat di
dalam FPK yang menerangkan tentang tumpuan dalam daya berfikir yang meliputi
ciri-ciri seperti kemahiran asas 3M, berfikir secara kreatif dan kritis ini
membuktikan bahawa terdapat pengaruh aliran esensialisme di dalam pembentukan
FPK di Malaysia.
πΎMenurut Tajul dan Noraini (1992), sumbangan
kurikulum essensialisme yang dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan
di Malaysia ialah guru sebagai model, penerapan nilai-nilai muni dalam setiap
mata pelajaran, mata pelajaran dibahagikan kepada teras dan elektif di mana
menggambarkan mata pelajaran penting dan kurang penting seperti pelaksanaan
KBSM dan penekanan 3M dalam pelaksanaan KBSR.
πΉFALSAFAH PENDIDIKAN PROGRESIVISMEπΉ
πΉAhli progresivisme melihat perubahan sebagai intipati realiti. Bag mereka, ilmu hanya sesuatu yang bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini sahaja.
πΉMatlamat falsafah ini adalah untuk menyediakan golongan murid agar berupaya mengakomodasi dan menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Kita dapat melihat perkaitannya dengan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab serta berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang maju dan berilmu.
πΉFalsafah pendidikan juga meggalakkan pelajar agar mempunyai sikap yang kreatif dan inovatif agar dapat menyumbang dalam perkembangan teknologi negara. Ini juga bertepatan dengan kehendak negara iaitu melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang akan dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan negara yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif pada masa akan datang.
πΉAliran falsafah pendidikan progresivisme juga meletakkan murid sebagai orang yang mampu mengenal pasti keperluan dan minat mereka sendiri. Oleh itu, peranan guru adalah sebagai fasilitator atau pembimbing yang akan membantu murid dalam aktiviti atau mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.
πΉKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dan lebih berpusatkan murid juga adalah hasil fahaman ini.
πFALSAFAH PENDIDIKAN REKONSTRUKSIONISMEπ
πAhli-ahli rekonstruktivisme menganggap bahawa sekolah sebagai pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan hidup manusia. Mereka juga mempercayai bahawa sekolah boleh memainkan peranan untuk membentuk masyarakat yang lebih baik.
πKonsep
aliran ini lebih menyeluruh di mana ia meliputi isu sosial, ekonomi, politik
dan teknologi. Sekolah dijadikan sebagai landasan membentuk masyarakat baru dan
ingin mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial.
πSeterusnya, murid dilatih untuk mengatasi masalah-masalah
yang ada agar masalah yang berlaku tidak diteruskan oleh masyarakat akan
datang. Kurikulum yang disediakan mengandungi masalah-masalah sosial, ekonomi
dan politik yang berlaku dalam masyarakat.
πElemen
ini telah diserap dalam falsafah pendidikan di Malaysia di mana salah satu
fungsi FPK adalah mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu
demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang.
πSetiap individu memiliki
keupayaan dan bakat yang tersendiri. Keupayaan dan bakat itu pula dapat
diperkembangkan menerusi aktiviti sosial. Oleh itu, individu akan sentiasa
mencari kelebihan mereka dalam bidang yang mereka pilih.
πFALSAFAH PENDIDIKAN EKSISTENSIALISMEπ
πFalsafah ini berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Manusia dianggap sebagai dilahirkan tanpa sebarang tujuan. Ahli eksistentialisme melihat realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan sahaja. Dalam erti kata lain, individu harus bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar.
πAliran ini menggalakkan individu untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri sejajar dengan fungsi FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dari segala aspek.
πDengan mengetahui tugas dan tanggungjawab in diharapkan agar rakyat Malaysia mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara yang berkualiti.
πFPK negara ini juga bersifat eksistensialisme kerana individu manusia digalakkan berkembang mengikut potensi, bakat, minat dan emosi mereka untuk memastikan kehidupan yang lebih baik. Hal ini seperti mana elemen FPK yang mahukan rakyat Malaysia yang mempunyai unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang.
πKESIMPULANπ
Falsafah
Pendidikan Barat mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan FPK negara
ini dan sedikit sebanyak boleh dihayati daripada falsafah barat. Segala isi dan
elemen yang terdapat di dalam FPK dan implikasi yang wujud tersebut adalah
berasaskan kepada kebaikan demi untuk memajukan lagi sistem pendidikan di
Malaysia. Walaubagaimanapun, pengaruh tersebut bukanlah diambil secara semberono
malah telah diambil kira persekitaran dan pegangan rakyat Malaysia yang
berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Akhirnya, boleh disimpulkan bahawa
penggubalan FPK yang telah terhasil ini telah diambil dan dikaji dari segala
aspek yang menyeluruh bagi merealisasikan matlamat KPM dalam mengembangkan
potensi murid ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti.
πISU SEMASA FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANπ
πPautan Berita: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pdp-yang-lebih-inovatif-kondusif-dengan-platform-delima-20-332566
π Isu semasa berkaitan FALSAFAH PENDIDIKAN PROGRESIVISME terhadap FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
.png)
.png)
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengubah sistem pendidikan
Malaysia supaya seiring perkembangan teknologi dan perubahan keadaan dunia. KPM
menerapkan unsur inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
mewujudkan satu pelantar iaitu DELIMa, nama penuhnya “Digital Education
Learning Initiative Malaysia”. Platform atas talian itu turut menggalakkan
budaya inovatif, dari penghasilan bahan, cara mengajar dan belajar sehinggalah
pengaplikasian ilmu untuk mencipta penyelesaian kepada pelbagai masalah, baik
dihadapi guru mahupun murid. Melalui DELIMA, PDP dalam talian dijalankan dengan
menggunakan Google Classroom, Google Meet atau Microsoft Team. Dalam DELIMa ada
banyak aplikasi dibangunkan dan bahan yang boleh digunakan murid untuk
menghasilkan pelbagai kerja yang kreatif, inovatif dan dapat membantu
pembelajaran kendiri. Contohnya, melalui platform online learning tersebut,
pelajar lebih mendedahkan diri dalam bidang teknologi. Pendedahan ini akan
membantu mereka meningkatkan minat dan kepakaran dalam bidang teknologi dan
mereka akan cuba menggunakan platform tersebut untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran mereka.
Selain itu, kita juga boleh lihat inovasi guru-guru untuk
hasilkan bahan yang sesuai dan terkini yang boleh tarik perhatian anak-anak
milenial. Guru-guru memaikan peranan yang penting sebagai pembimbing dalam
falsafah pendidikan progresivisme. Guru yang kreatif dalam cara pengajaran akan
mempengaruhi pelajar. Keadaan ini dapat melahirkan pelajar yang boleh
berinovasi dan berkreatif dalam pelbagai bentuk, menepati saranan Education 4.0
itu untuk mempersiap generasi hari ini mendepani masa hadapan.
Kesimpulannya, Pendidikan Malaysia tidak
dihalang oleh pandemik tersebut, kita menyesuaikan diri dalam keadaan tersebut
dengan menggunakan platform dalam talian untuk meneruskan pengajaran dan
pembelajaran.
πSOALAN KUIZ
1. Berapakah jumlah mazhab falsafah umum barat yang ada?
2. Yang manakah BUKAN mazhab falsafah umum barat?
A. Mazhab
falsafah idealisme
B. Mazhab
falsafah konsumerisme
C. Mazhab
falsafah realisme
D. Mazhab
falsafah eksistensialisme
3. Di bawah merupakan aliran falsafah pendidikan barat moden, kecuali
A. Progresivisme
B. Esensialisme
C. Eksistensialisme
D. Rekonstruksionisme
πJAWAPAN
1. π
² 2. π
± 3.π
±
πRUJUKAN
Comments
Post a Comment