MANFAAT & CABARAN PELAKSANAAN FALSAFAH EKLEKTIK DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
PENGENALAN DIRI
🌸Nama : Nur Alia Izzah binti Ghani
🌸Nama Panggilan : Alia
🌸Umur : 21 Tahun
🌸Tarikh Lahir : 22 Disember 2001
🌸Tempat asal : Setiu, Terengganu
🌸Latar Belakang Pendidikan :
🏫: SK Sungai Lerek, Setiu
🏫: SMK Chalok Model Khas, Setiu
🏫: UKM, Bangi
TUGASAN : MANFAAT DAN CABARAN PELAKSANAAN FALSAFAH EKLEKTIK DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan perkara yang menarik kerana pembentukannnya dipengaruhi oleh pelbagai pandangan falsafah lain. Oleh itu, asas pemikiran aliran falsafah lain mampu dilihat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektik.
FALSAFAH EKLEKTIK
💡 KONSEP FALSAFAH EKLEKTIK
🔶Falsafah eklektik adalah gabungan atau paduan dari pelbagai sistem dan falsafah yang dipilih ataupun falsafah pendidikan yang tercipta dari pelbagai sumber.
🔶Eklektikisme berasal daripada kata kerja akar "pilih". Memilih bermakna memilih dan mengambil.
🔶Idea, konsep dan prinsip yang baik daripada pelbagai aliran pemikiran telah dipilih, diambil dan diadun bersama untuk dijadikan satu falsafah yang lengkap. Oleh itu, eklektikisme adalah falsafah pilihan.
🔶Eklektikisme tidak lain hanyalah gabungan ilmu dari semua sumber.
🔶Ia adalah jenis falsafah pendidikan yang unik yang menggabungkan semua idea dan prinsip yang baik daripada pelbagai falsafah.
🔶Eklektikisme ialah pendekatan konseptual yang tidak berpegang teguh pada satu paradigma atau set andaian, tetapi sebaliknya menggunakan pelbagai teori, gaya atau idea untuk mendapatkan pandangan pelengkap tentang subjek, atau menggunakan teori yang berbeza dalam kes tertentu.
🔶Ia kadangkala kelihatan tidak elegan atau kurang kesederhanaan, dan eklektik kadangkala dikritik kerana kurang konsisten dalam pemikiran mereka. Walau bagaimanapun, ia adalah perkara biasa dalam banyak bidang pengajian.
💡SEBAB FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DIGOLONGKAN SEBAGAI FALSAFAH EKLEKTIK
👉FPK tergolong sebagai Falsafah Eklektik kerana ianya terdapat unsur dan elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merentasi budaya, agama dan kepercayaan kaum di Malaysia. Terdapat gabungan nilai-nilai yang baik daripada pelbagai sumber dan Falsafah Barat iaitu idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme serta Falsafah Pendidikan Islam.
MANFAAT PELAKSANAAN FALSAFAH EKLEKTIK DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
👉MASYARAKAT DAN PENDIDIKAN
💠Falsafah Eklektik menjadikan suatu usaha yang berterusan kerana falsafah eklekik membantu pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memupuk pendidikan sepanjang hayat.
💠Pendidikan bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang harmoni, sejahtera dan makmur
💠Falsafah Eklektik dapat membentuk pendidikan ke arah menyumbang kepada kemakmuran negara.
👉ORIENTASI ILMU
💠Falsafah Eklektik dapat membantu pendidikan yang menyeluruh, bersepadu, dan seimbang dengan memberi penekanan kepada standard kurikulum, standard pembelajaran, dan standard prestasi.
💠Falsafah Eklektik dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang ditekankan di dalam FPK.
👉PENGAJARAN GURU
💠Falsafah Eklektik dapat mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
💠Guru berperanan sebagai 'role model' seperti dalam Falsafah Pendidikan Islam yang mengamalkan pengajaran berpusatkan guru.
💠Pengajaran berorientasikan eklektik merangkumi aspek pengetahuan murid dan masyarakat.
👉PEMBELAJARAN MURID
💠Falsafah Eklektik dapat mengembangkan potensi individu sepenuhnya dan mewujudkan pembelajaran yang aktif.
💠Falsafah Eklektik dapat meneroka dan membina pengetahuan, keterampilan dan akhlak model insan serta memupuk peranan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
💠Falsafah Eklektik dapat membina kesejahteraan diri dan bersedia untuk menjadi insan yang berjaya.
👉MATLAMAT PENDIDIKAN
💠Falsafah Eklektik dapat mencapai matlamat pendidikan untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berakhlak, bertanggungjawab dan sejahtera.
💠Falsafah Eklektik dapat memberi sumbangan kepada keharmonian keluarga, masyarakat dan negara.
💠Falsafah Eklektik melahirkan modal insan yang berpaksikan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
CABARAN PELAKSANAAN FALSAFAH EKLEKTIK DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
👉 ASPEK SEIMBANG DAN HARMONI
💠Berdasarkan FPK, akhlak dan moral perlu dibina menerusi penghayatan nilai-nilai murni merentasi kokurikulum.
💠Malangnya, sejak tahun 1998, strategi penerapan nilai-nilai murni telah diabaikan dan dilupakan.
💠Akibatnya moral dan akhlak murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah hari ini semkain merosot dan rosak.
👉 MENYELURUH DAN BERSEPADU
💠Berdasarkan FPK, paradigma ilmu wahyu hendaklah menjadi teras kepada teras kepada fungsi akal (idealisme), kualiti kehidupan (realisme) dan keharmonian tabii 'insan (humanisme).
💠Oleh itu, pendidikan yang berorientasikan robot, kilang, lulus peperiksaan dan sekeping ijazah hendaklah diubah.
💠Pendidikan yang baik sentiasa bersifat harmoni, di antara kebenaran agama, kesihatan fikiran, kualiti kehidupan dan keharmonian kesahihan.
💠Keharmonian semua faktor ini sebenarnya telah pun tersurat dan tersirat di dalam FPK.
👉 KEHARMONIAN ROHANI, INTELEK, EMOSI DAN JASMANI
💠Pendidikan di Malaysia kini dilihat seolah-olah hanya memberi pendekatan kepada potensi jasmani.
💠Penekanan yang keterlaluan lebih mmeberi fokus kepada potensi kreatif dan inovatif yang bersifat kebendaan semata-mata.
💠Tidak hairanlah hanya potensi jasmani sahaja yang berkembang, sedangkan potensi rohani, intelek dan emosi tidak berlaku.
👉PENDIDIKAN MALAYSIA (acuan Malaysia)
💠FPK adalah asas kepada pembangunan pendidikan menurut acuan Malaysia.
💠Namun, pelaksanaan dasar pendidikan sentiasa berubah bahkan tidak merujuk FPK.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) diwujudkan sebagai panduan dan rujukan kepada Malaysia untuk merancang, melaksana dan mencapai matlamat. Konsep pendidikan hari ini sangat luas dan pemikiran pendidikan kita secara keseluruhannya telah dipengaruhi bukan sahaja oleh satu pemikiran atau kecenderungan falsafah tetapi oleh pengalaman kumulatif generasi lepas dalam bidang pendidikan. Cita-cita dan amalan pendidikan kita boleh dikesan daripada pelbagai sumber yang kesemuanya telah diadun secara harmoni untuk menentukan prinsip dan amalan pendidikan masa kini. Pendidikan adalah asas utama pembangunan sesuatu bangsa dan agama. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan peredaran zaman, ia boleh dianggap bangsa da negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab memartbatkan sesuatu bangsa dan negara. Oleh yang demikian, dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, negara Malaysia tidak terlepas dengan situasi mencabar kewibawaan negara dalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.
💥ISU SEMASA BERKAITAN PELAKSANAAN FALSAFAH EKLEKTIK DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
🌻 Pautan Berita :
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/05/282383/ubah-stigma-belajar-hanya-untuk-lulus
🌻 Isu semasa berkaitan cabaran dalam pelaksanaan falsafah eklektik dalam perkembangan pendidikan di Malaysia :
ASPEK MENYELURUH DAN BERSEPADU
🧠SOALAN KUIZ
1) Apakah gabungan nilai-nilai yang baik yang membentuk Falsafah Eklektik ?
I. Idealisme
II. Realisme
III. Pragmatisme
IV. Eksistensialisme
A. I , II dan IV
B. II sahaja
C. I, II, III dan IV
D. I dan III
2) Apakah gabungan falsafah yang membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bersifat eklektik ?
A. Falsafah Pendidikan Islam
B. Falsafah Pendidikan Barat
C. Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Falsafah Pendidikan Barat Moden
D. Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Falsafah Pendidikan Barat Moden
💡JAWAPAN
1. C 2. D
📌RUJUKAN
1) Saharia Ismail.(2015). Pembangunan Insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2) Sooraj. (2015). Importance of Elastic Approach In Education. Diakses pada 13 Mei 2021.
https://educational-system.blogspot.com/2013/01/importance-of-electic-approach-in.html
3) Manfaat dan Cabaran Falsafah Eklektik dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia (22 Disember 2022). Youtube. Diakses pada 13 Mei 2021.
https://youtu.be/zua4ufHTFsE
4) M.Si, Hamka. (2019). Filsafat Pendidikan. Nizania Learning Centre.
5) Zaini Abdullah. (2021). Modul Perkembangan Pendidikan di Malaysia Falsafah dan Dasar. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Comments
Post a Comment