PENGARUH FALSAFAH PENDIDKAN ISLAM (FPI) TERHADAP PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
![]() |
| NUR ALYA ATIRAH (D20212099065) |
👉PENGENALAN DIRI
😼Nama: Nur Alya Atirah
😻Umur: 21 tahun
😺Tarikh Lahir: 11.08.2001
😸Tempat Asal: Kota Marudu,Sabah
😽Latar Belakang Pendidikan: - SK Brumas,Tawau
- SMK Merotai Besar,Tawau
- SMK Tandek,Kota Marudu
🐼 TUGASAN: PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (FPI) TERHADAP PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
🐼 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
👉 Falsafah pendidikan di Malaysia boleh dihayati daripada Falsafah pendidikan kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipegaruhi oleh beberapa falsafah yang lain.Antara falsafah tersebut ialah Falsafah Pendidikan Islam.
🐼 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM 🐼
👉 Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu iaitu Al Quran dan As Sunnah.
👉 Falsafah Pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya agar dapat menjalankan atau melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini.
👉 Apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam.
👉 Oleh sebab falsafah pendidikan Islam berasaskan ajaran Al-Quran, maka kurikulum
pendidikan Islam pula merujuk kepada ajaran Al-Quran sebagai pengajian utama, diikuti dengan bahasa Arab sebagai media pengantar.
👉 Di samping itu, kurikulum pendidikan pula merangkumi bidang pengajian kemanusiaan, termasuklah psikologi, sosiologi, sejarah dan ekonomi, serta bidang ilmu mengenai alam tabii atau sains semula jadi, seperti astronomi,biologi, botani dan sebagainya.
👉 Pendidikan Islam menyepadukan pendidikan ilmu keduniaan dan keakhiratan.
👌 Menurut Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas, ilmu Islam masa kini merangkumi dua disiplin
yang utama, iaitu ;
👍 Disiplin Agama: Ajaran Quran, teologi, metafizik, bahasa Arab dan Sastera
👍 Disiplin Kognitif: Kemanusiaan, Alam Sekitar, Sains Gunaan dan Teknologi
🐼 KONSEP PENDIDIKAN DALAM ISLAM
👉Pendidikan Islam didefinisikan seperti berikut
💙Tarbiah
proses pembentukan peribadi individu dari satu tahap sehingga mencapai matlamat akhir iaitu insan sempurna yang mengabdi diri dengan tulus ikhlas kepada Allah SWT
💚Ta'alim
pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan tugas dan statusnya sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini
💛Tadris
pengajaran sesuatu cabang ilmu yang ditujukan kepada seseorang
💜Ta'dib
pembentukan adab atau sahsiah sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam
💗Irsyad
petunjuk berasaskan syariah
👌Surah al Alaq ayat 1 hingga 5 membuktikan pendidikan dan berilmu pengetahuan merupakan risalah terpenting dalam Islam.
👌Islam lazimnya menekankan pengetahuan berbentuk fardu ain dan fardu kifayah disamping tidak mengetepikan pengetahuan lain.
🐼 RUKUN ASAS DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
🐼 MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
👉Secara umumnya, tujuan pendidikan islam adalah untuk membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu dan berperibadi mulia serta taat pada perintah Allah.
🐼 BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
🐼 PANDANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM
✋ Pada awalnya Al Farabi menceburkan diri dalam bidang kehakiman sebagai Qadi kemudian menjadi seorang guru.
👌Beliau merupakan seorang Neoplatonist yang telah banyak menggabungkan pemikiran Plato dan Aristotle dengan teknologi lalu digelar sebagai tok guru kedua atau al Mualim al Thani.
✋Beliau telah menghasilkan 117 buku
😃 43 naskah logik
😂11 naskah metafizik
😊7 naskah etika
😆7 naskah sains politik
😌17 naskah muzik dan perubatan
Antara karya yang telah dihasilkan beliau adalah ;
💛FUSUS AL HIKAM
digunakan sebagai buku teks falsafah sehingga kini di beberapa institusi di negara timur
💛AL IHSA AL ULUM
menghuraikan klarifikasi dan prinsip asas sains
💛ARA AHLUL MADIAN AL FADILA
menyumbang dalam bidang sosiologi dan sains politik
💛AL MUSIQA
sebuah buku muzik
💫Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din, pembelajaran adalah satu aktiviti sepanjang hayat atau pembelajaran berterusan tanpa henti dan tidak terikat dengan peningkatan usia.
💫Berpendapat bahawa proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
💬Tahafut al-Falasifa (The Incoherence of The Philosophers) yang menolak sepenuhnya
pandangan Plato dan Aristotle
💬Ihya al Ulumuddin – (sains islam) : fiqh, kalam (teologi) dan ilmu sufi
💬Maqasid al falasifa –membentangkan teori asas falsafah
💬Miyar al-Ilm fi fan al-Mantik (Criterion of Knowledge in the Art of Logic)
💬Mihak al-Nazar fi fan al-Mantik (Touchstone of Reasoning in Logic)
💬Al-Qistas al-Mustaqim (The correct Balance)
💫Secara keseluruhan, boleh dikatakan bahawa hasil karya Al-Ghazali yang agung itu berjaya mengekalkan keberkesanan sumbangan beliau sepanjang abad. Fikiran beliau tidak luntur dengan peredaran zaman. Sebaliknya, fikiran beliau yang bernas tetap hidup segar bersama-sama pengaruh beliau yang kuat dan meluas dalam bidang falsafah Islam sehingga hari ini.
💫Menurut Hamka,pendidikan ialah suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap merendahkan diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.
PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
🐼 KESIMPULAN
✌Pendidikan Islam merupakan satu proses yang berterusan bertujuan untuk mengubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani dan rohani insan berasaskan nilai-nilai Islam.Nilai-nilai ini bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yg bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah agar berjaya dunia dan akhirat.
👍Penerapan falsafah pendidkan islam ini menjadikan falsafah pendidikan Islam sebagai satu panduan asas kepada pendidikan di Malaysia. Ini dapat dilihat sebahagian besar falsafah pendidikan kebangsaan menggunakan isi utama dalam falsafah pendidikan Islam.
✌Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis di samping mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan bukan sekadar duniawi tetapi turut berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan.
👍Pendidikan di Malaysia mencakupi aspek jasmani, emosi, intelek, rohani dan akhlak. Hal ini merupakan impikasi pendidikan Islam terhadap pendidikan di Malaysia.
✌Pendidikan turut menyelitkan unsur kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manusia harus menyedari bahawa mereka diwujudkan untuk memajukan alam dan dan mengikuti ajaran agama.
👍Oleh sebab itu, mata pelajaran pendidikan Islam diwujudkan bagi mendedahkan kepada pelajar Islam tentang kewujudan Tuhan. Pelajar yang tidak beragama Islam juga didedahkan dengan kewujudan Tuhan. Hal ini menunjukkan pendidikan di Malaysia tidak mementingkan duniawi sahaja tetapi turut menyelitkan ilmu akhirat yang diambil daripada Falsafah Pendidikan Islam.
🐧ISU SEMASA FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (FPI) TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN🐧
Saban tahun tanggal 16 Mei adalah hari istimewa disambut untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik seluruh Malaysia. Meraikan guru tahun ini, tema ditetapkan ialah 'Guru Tunjang Sekolah Sejahtera'.
Guru adalah insan bertanggungjawab dan memainkan peranan sangat besar membimbing dan mendidik manusia untuk menjadi insan berilmu dan berakhlak mulia.
Tanggungjawab itu bukan suatu perkara mudah, bahkan memerlukan kesungguhan dan komitmen tinggi dalam merealisasikan harapan melahirkan masyarakat bertamadun.
Wahyu pertama berpaksikan falsafah iqra' membuktikan dan menzahirkan Islam sangat mementingkan soal pendidikan bagi memperoleh ilmu bagaimana hendak mentauhidkan Allah SWT.
Terdapat lima komponen menjadi konsep guru dalam Islam iaitu muaddib, murabbi, mursyid, muallim dan mudarris.
Pertama, muaddib berasal daripada kata dasar Arab ta'diban diterjemahkan sebagai pembentuk adab.
Ia bermaksud penyucian atau membersihkan seseorang daripada kekotoran.
Konsep ta'dib adalah proses mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia dalam pembinaan dan pembangunan diri insan.
Ta'dib juga meliputi proses pembentukan akhlak, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan seseorang insan.
Kedua, murabbi yang kata Arab adalah tarbiyyah membawa maksud pelihara, ajar atau jaga dengan hati-hati.
Sifat guru yang murabbi membabitkan proses mendidik, memelihara dan membentuk pelajar sehingga wujud rasa kasih sayang serta saling mempercayai antara mereka.
Perkara ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "dan 'rendahkanlah' dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihi mereka keduanya, seperti mereka berdua mendidik aku masa kecil." (Surah al-Isra'; ayat 24)
Berdasarkan ayat di atas, definisi tarbiyyah menjurus kepada maksud mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik ketika kecil dan mengembangkan.
Ketiga, mursyid. Ia berasal daripada kata Arab irsyad membawa maksud jalan petunjuk, pemimpin memberi petunjuk dan petunjuk ke jalan benar.
Konsep irsyad bermaksud proses memberi arahan, panduan, bimbingan dan petunjuk serta menjaga, mengikuti, menasihati dan memimpin ke jalan benar.
Sifat guru mursyid adalah seorang yang sentiasa bersedia untuk menjadi penasihat ikhlas, bertindak sebagai mentor, iaitu pengajar, penasihat dan pendorong kepada pelajar di bawah asuhannya untuk berkembang dan mencapai kecemerlangan.
Keempat adalah muallim yang punca katanya adalah ta'lim. Ia membawa maksud suatu proses pemberitahuan, pengajaran, pemindahan dan penyampaian maklumat serta ilmu pengetahuan daripada seorang guru kepada pelajarnya.
Ta'lim merujuk kepada peranan guru dalam pengajaran dan menjalankan aktiviti pendidikan dengan cara memberitahu, mengajar, menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada pelajar, sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran.
Kelima pula adalah mudarris. Perkataan itu diambil daripada kata dasar tadris membawa maksud ciri pengajar berkesan yang membabitkan aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermula daripada persediaan mengajar, sepanjang proses PdP dan akhirnya penilaian kendiri.
Berikut adalah lima ciri keunggulan guru perlu diamalkan secara berterusan dengan penuh iltizam untuk membawa ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu menyampaikan ilmu pengetahuan agar dapat membina rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial pelajar yang seimbang.
Kesimpulannya,penerapan Falsafah Pendidikan Islam dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan membawa pelbagai impak positif yang mampu membangunkan modal insan seimbang dalam kalangan pelajar.
🐼 SOALAN
a) Berapakah rukun asas dalam falsafah pendidikan islam ?
A.satu
B.dua
C.tiga
D.empat
b) Apakah rukun asas dalam falsafah pendidikan islam?
A.amal salih dunia dan akhirat
B.tidak beriman
C.tidak berilmu
D.akhlak yang buruk
c) Yang manakah bidang pendidikan islam?
A.Pendidikan Seni
B.Pendidkan Muzik
C.Pendidikan Jiwa
D.Pendidikan Reka Cipta
🐼 JAWAPAN
1.D
2.A
3.C
🐼 RUJUKAN









Comments
Post a Comment